KUALA LUMPUR, 7 NOV: Jangkitan kes Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 57.3 peratus apabila 26,616 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME 44/2022) iaitu dari 30 Oktober hingga 5 November, berbanding 16,917 pada ME sebelumnya.